Syawal 1430 | Perutusan Aidil Fitri Daripada Presiden PAS

Sunday, September 20, 2009

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Presiden PAS

Read more...

Program PMRAM : Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Friday, September 18, 2009



PROGRAM Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada bulan Oktober akan datang. Program ini merupakan siri pertama dan akan bermula dengan Kitab Sahih al-Bukhari.


Program yang akan dihadiri oleh ulama'-ulama' besar Al-Azhar ini pasti akan memberi 'sinaran cahaya' kepada semua penuntut ilmu di bumi Kinanah.

Saya kira, program ini juga mampu mengubati 'perasaan rindu' bagi mereka yang tidak kembali bercuti ke tanah air pada tahun ini. hohoho... Insya-Allah.

~ Ahlan - ahlan, Siiru al barakatillah ~


Maklumat lanjut

Read more...

Ramadhan Kita

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum… Semoga kita sentiasa di dalam rahmat-Nya. Bagaimana dengan pemburuan anda? Sudah bertemu dengan Lailatul Qadar? Kalau belum, mari kita tingkatkan usaha. Kalau sudah bertemu pun teruskan beramal, kerana list utk pembebasan api neraka sentiasa terbuka disetiap malam Ramadhan. Moga-moga kita tersenarai dalam list tersebut. Ameen Ya Rabb!!

Read more...

Khabar dari Iskandariah

اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر مليون مصلي
الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية


Terjemahan:

Gambar yang mengejutkan dunia
Tempat: iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: Masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika




Read more...

Hanya Sedikit Salah Faham

Tuesday, September 1, 2009



Mungkin hanya sedikit salah faham kita akan terasa. Sedikit salah faham, mungkin negara boleh bergaduh. Sedikit salah faham, kita boleh hilang kawalan. Sedikit salah faham, kita mungkin akan kehilangan insan yang berharga dalam hidup kita….

Video kat bawah ni adalah satu scene dalam anime One Piece di mana sedikit salah faham sahaja Luffy bergaduh dengan Usopp. Memang agak sayu bila melihat scene ni tapi akhirnya dua nakama ini berbaik semula di scene yang lain. Jadi harap dapat tengok video ni sampai habis ye.









Buat kawan-kawanku di luar sana, walau apa pun terjadi dalam hubungan kita, tak contact ke, terasa ke, salah paham ke, gaduh ke, anda tetap kawanku untuk selama-lamanya. Asal kita sama-sama jaga hubungan kita dengan Pencipta kita, Insya Allah Dia akan menjaga hubungan diantara kita.

Read more...